Selasa, 14 Mei 2013

kisah mangsa


asslamualaikum, salam sejahtera.
aku nak berkongsi pengalaman aku dengan korang sepanjang aku berkawan dengan lelakisebelum tu, aku nak perkenalkan diri aku. nama aku korang tak peru tahu la.tapi kwn2 panggil aku narin.nama manja.aku berumur 20+. dan sudah 5 tahun berkerja di kuala lumpur. aku masih bujang.
masa aku belajar dulu, aku sorang yang dingin dan tak suka
bergaul sangat dengan budak2 klas.
aku suka bawak haluan aku.
aku tinggal dirumah sewa. kawan baik ku namanya naz ingin
memperkenalkan sorang jejaka tampan ni padaku. saja.
dia sedih melihat aku kesunyian dan kesorangan agaknya.
ok. aku pun go on ajalah. malam tu kami pergi karoke ramai2..
pertama kali aku dengar suara dia, aku cair. tapi xbermakna aku dah jatuh cinta.
juz puji jelah suaranya sedap.
kami pn selalu berjalan2 ramai2. lebih kurang 1 minggu kami berkawan.
aku pun sudah tertawan dengan wajahnya yg kacak.
suaranya pn agak2 macam itik. aku suka dan kami pn tampa ego2..bercinta lah...
masa mula2 bercinta bukan main sayang2 lagi..dah 3 ke 4 bulan macamtu,
aku dah mula muak dengan sikap dia yang terlalu mengongkong,
perdengki dan terlalu kebudak-budakkan. kami sebaya. tapi aku tua 2 bulan daripada dia. orang makin lama makin sayang. ni makin lama makin benci. dia sorang yang suka mengungkit. suka bajet dia hero. tapi sebenarnya lembik..
alahaiiii...aku benci laki mcm ni...muka dia nampak mcm2 masalh...dia ada bodoh2 juga. kami tak dapat bertahan lama. lebih kuarang 10 bulan saja. dia yang tinggal kann aku...aduuuhh...sakit rasa hati..Tuhan saja tahu. aku pn solo dalam 4 bulan mcmtu.
kemudian kawan aku perkenalkan pakcik dia, umur 9 tahun lebih tua daripada ku. sangat matang
tp xda rupa pn. hanya pandai bermanis2 kata je.
kami pun berkawan lah dalam 3 bulan mcmtu. xlama. nak tahu knp???
haa...mamat ni pengikis, penipu dan suka berdolah dalih. mamat ni aku tak suka nak sebut namanya, juz call din saja. mula2, mamat ni suka sangat call aku, dia tak kedekut call2 aku tiap2 malam.
belom pernah berjumpa pun. aku kenal pn dari anak sedara dia belajar 1 kos dengan aku. yang aku nampak, mereka ni keluarga baik2..yang aku nampak laaa...
tapi aku xtahu lah hal keluarga mereka sebenar2nya.
bila aku dah seronok berkawan, mamat ni pun mula lah belang kikisnya. ada 1 petang ni, dia call aku, korang taw dia nk apa?? dengan selamba saja, dia nak paw aku RM1000 macam tu saja, aku berterus terang la yang aku belum pernah pegang wang sebanyak tu. masa tu pun aku baru habis belajar, lepastu, dia suruh aku mintak tolong kat sapa2 kawan aku untuk dapatkn RM1000 tu, ehh...ingat ni kerja senang ke?? aku tanya la untuk tujuan apa? jawapnya untuk keluarkan wang ASB. dalam akaun tu xdapat nk keluarkan semua. emm..xdapat la aku nak tolong. tu belang pertama.
belang kedua, dia mengadu padaku sambil menangis2 kerana telah dianaya oleh abg dia sendiri. macam2 dia kutuk abg dia. entah iya entahkan tidak, aku pun berikan pertolongan, gaji pertama aku masa tu RM 450, tapi dia mahu pinjam aku RM400. habis tu aku nak makan apa lagi bakinya??
aku beri dia RM250 saja. yang aku tak puas hati tu, mamat ni bila nak pinjam duit aku, merayu2 bagai nk rak, bila aku nak mintak balik wang aku? dia byk alasan dan susa nak bayar walaupun RM50.. patut kahhh?? aku mintak dia pulangkan RM50 pun jadilah untuk wang perbelanjaan adik aku di sekolah asramanya. dia bayar. tapi aku tahu dia tak suka ditekan begitu. lepas tu, ada 1 malam tu, aku menyatakan hasrat aku untuk mencari kerja yang bersesuaian dengan bidang aku. bidang architectural. dia setuju, tapi aku masih mentah dan belum ada pengalaman lagi. dia memberi pendapat pada ku untuk bekerja bersama awek kawan dia di Kuala lumpur. tapi aku nak tinggal dimana?? dia mintak aku tinggal dengan awek kwn dia di Serdang. ahh....aku tolak habis2. cadangan tu entah apa2. aku tanya mamat tu, gaji berapa kerja disana? jwpnya byk. RM1000+ pun boleh dapat kat tangan. aku jawap apa taw..oooo...gaji aku byk..so boleh lah ko pinjam2 wang aku...mamat ni apa lagi, marah agaknya, terus off hp.
setelah 1 hari tidak berhubung, kerana aku meradang dengan mamat ni yang tak bayar wang aku, malam tu dia call lagi aku, nak ajak borak2, aku malas layan, aku mintak balik wang aku. dia macam2 alasan. ahirnya, aku mintak putus kawan. tapi mamat ni xsegan, sok pagi tu aku dah bergaji, aku baru nak makan sedap. dia call aku nak mintak tolong, aku taw, nk mintak tolong apa lg?? nk pinjam wang laaa...dasar penipu pengikis. aku pn sound habis2 la beb...takde nak jage2 hati dah. dia dia dan of hp. entah macam mana, aku boleh dapat panggilan dari sorang wanita yang agak2 tua daripada aku. mula2 dia sound2 aku sbb kawan dengan bekas tunanh dia, aku tak tahu apa hal ini, tiba2 kena sound, ehhh....whatttt the heelllll...pompuan ni pn kenalkan diri dia, then aku pun cakap kt pompuan ni yang bekas tunang dia pinjam wang aku tak baya. lama2...kes ni senyap bulan2 lamanya.
masa aku keluar shopping dengan mak aku. aku dapat panggilan. aku pun tak tahu sapa ni. aku pun mesej lah orang ni...rupa2nya, dia ni pompuan yang sound aku tu. aku pun, emm orang dah berbudi bahasa dengan aku, aku pun budi bahasa lah. kami 1 hari berkawan, pompuan ni kutuk2 keluarga bekas tunang dia, mak aiii...boleh tahan beb. dia pun sedaya upaya nak korek rahsia aku, hal aku. aku pun story lah hal ni kat besfren aku yang aku kenal selama 15 tahun. besfren aku ni bagi lah cadangan bernas. buang dorang2 ni, aku nekad yang aku akan buang mereka, keluarga mereka dan keturunan mereka. termasuk lah kawan yang kenalkan jantan pengikis ni kt aku.
masa aku kerja kat kajang, aku baru bukak facebook. taw2 aje kawan aku yang kenalkan pakcik dia kt aku ni add fb aku, ahhh takde keje aku nak layan, aku teros blok. sampai mati pun aku takkakn layan.
now........
aku dah ada kehidupan ku. aku dah berkerja, aku mengumpul wang hasil kerja ku sebagai juruwang kat carefour wangsa maju section 4, aku sudah memiliki sebuah kereta kancil..jadik lah nak buat pergi balik kerja.
macamni lahhh...pada kamu gadis2 diluar sana yang baru2 nk up, korang jangan skali2 bagi muka kat laki yang kamu tak kenal, kalau dia mintak tolong nak pinjam wang walaupun RM10, jangan la kamu percaya, nanti dia ketagih dan dah takde segan silu nak pinjam wang kamu tak sudah2.... jangan jad mangsa kikis lelaki. dan sebaliknya...
aku tak kata semua, tapi segelintir orang kita buat macamtu.
sekian terima kasih.
narin wangsa maju.