Ahad, 26 Mei 2013

derita ku.


mak ayah...kerana kamu.. kami menjadi mangsa..

inilah perkataan yang selalu aku katakan pada mak ayahku ketika kami bertengkar.
ceritanya bermula disini.

aku Nia. (Nama manjaku) aku berasal dari Kampung Baru Kuala Lumpur, lalu dibesarkan di Cheras Selangor.
aku anak sulung daripada 3 orang adik beradik. aku berumur 20+. aku berkerja sebagai Pelukis Pelan disebuah sektor swasta yang terletak
dikawasan perindustrian Cheras Jaya.

aku memilih jalan untuk berkerja dan menyara diri sendiri tanpa bantuan mak ayah ku. kerana aku lebih memahami keadaan mereka.
lahir sahaja aku didunia ini, aku sudah nampak kelemahan serta perbalahan antara mak ayahku.
mereka selalu bergaduh. bertengkar, dan kadang meninggi suara, aku sendiri tak faham. masa aku kecil2 dulu, 
aku melihat reaksi mak aku, aku perhatikan yang mak aku seorang yang ego tinggi dan keras hati, ayah aku pula seorang yang manja, 
penyayang dan penyabar. ayahku berkerja tanpa mengira waktu demi mencari rezeki. tapi mungkin mak aku tak mengerti. apa yang ayah buat. 
itu yang cela pada pandangan mak ku. malah perbalahan mereke berlanjutan sehingga jiran2, sanak saudara dan kawan2 tahu tentang keretakan mak ayahku.
walaupun aku masih sekolah rendah lagi ketika itu, aku juga punya hati dan perasaan. aku juga kadang malu dengan orang lain yang tahu tentang hal mak ayahku.
tiada orang ke-3 dalam hal ni. cuma persefahaman antara mereka yang menjadi perbalahan. akhirnya, mak ayahku bercerai pada sekita tahun 1995 -1996 aku pun tak ingat sangat. tapi aku umur 6-7 tahun. 

keadaan semakin rumit ketika aku meningkat 18 tahun. dimana aku sudah ada ibu tiri, adik2 tiri sebelah ayah ku. aku terima seadanya demi kebaikan ayahku. aku mengerti dan kini aku terpaksa mengerti akan semua ini.
aku terpaksa terima. kerana sudah ini Takdirku. aku pernah tinggal dirumah ayahku bersama ibu tiri dan adik2 tiri sebelah ayahku yang masih kecil. baru tinggal 3 hari, aku sudah tak tahan.
semua 1000 dalam 1. sampai aku tak dapat nak ungkap dengan kata2. betapa sukarnya hidup dibelenggu dengan masalah keluarga. tiap malam aku menangis mengenangkan masalah keluarga aku. dan kerana mereka juga,
kami 3 beradik terpaksa berpisah. sudah macam anak apa aku rasa.
aku terpaksa tabahkan diri demi mengharungi liku2 hidup yang tiada titik nohtah.
tapi entah sampai bila. 6 bulan aku tak jumpa mak aku, cuma dengar suara. tapi esak tangisan mak aku dihujung talian kerana merindukan aku. adikku khabarkan pada aku yang mak aku jatuh sakit kerana diserang penyakit batuk kering. (TB).
aku terpaksa tahan air mata aku didepan ayah dan ibu tiriku. menangis merintih aku dalam hati. Ya Allah....sudah la kami 3 beradik dipisahkan, aku pula dipisahkan antara aku dan mak, terpaksa tinggal dengan ibu tiri. bila berjauhan, lain pula yang jadi.
mak aku sakit. tak lalu makan. tapi terpaksa bekerja. aku menangis tanpa henti disetiap malam ku sebelum tidur.
ayahku terpaksa buat begini kerana ingin melihat aku berjaya. mahu aku belajar tinggi di universiti. tapi dalam masa yang sama, hati dan jiwa aku mengalami tekanan yang amat2 berat. hampir gila aku dibuatnya.
aku cuma mendapat kabar tentang keadaan mak aku melalui adik aku yang ke-2.. melalui dia aku mendapat kabar tentang mak aku. seburuk2 mana mak aku. dia lah yang susah payah sakit2 perit jerih melahirkan aku. betapa azabnya hidup aku ketika itu.

Bila aku masuk Kolej di Negeri Sembilan. aku berasa bebas. bebas bebas dan bebas.....tanpa gangguan...
aku keluar bekerja, sudah memegang wang sendiri, aku menolong mak aku.sehingga kini. aku meningkat dewasa. aku masih lagi dibelenggu masalah keluarga.
cuma aku buat haluan aku. aku menunaikan tanggungjawabku membantu mak aku.

kini aku sedari bahawa....

manusia, kalau sudah nama pun manusia, manusia biasa di zaman terakhir hampir menuju kearah qiamat ini.
semua buat silap. pemimpin dunia pun buat silap, apatah lagi kita orang biasa. Semua orang buat silap. mak ayah ku pun ada silap.
cuma mereka ego akan kesilapan mereka.
aku sudah dewasa, mungkin lagi setahun lagi aku akan mendirikan rumah tangga. aku juga akan menempuhi kehidupan yang lebih mencabar. 
aku mengingatkan diriku sendiri supaya, hargailah hati dan perasaan orang yang menyayangi kita. jika kita ada membuat kesilapan.
segeralah minta maaf dan jangan terlalu ego sehingga membawa kepada perbalahan.
jadi lah orang yang pemaaf. dan ingat2 lah..